Fikirkan Nikmat Tuhan


Satu sahaja nikmat Tuhan kalau kita mahu fikirkan

Sudah cukup kita bersyukur kepada-Nya

Cukup malu kita kepada Tuhan dibuatnya

Ingatan kita kepada-Nya sudah tentu tidak dilupa

Apakah itu? Nikmat yang mana satu?

Udara ciptaan-Nya yang kita hirup setiap detik

Tidak ada udara nafas kita berhenti

Nafas berhenti ertinya kita mati

Rupanya nafas lebih besar daripada kereta

Nafas lebih penting dari rumah besar kita

Nafas lebih utama dari harta benda

Tidak ada itu semuanya, tidak mengakibatkan kematian

Tidak ada udara, ertinya mati

Mati segala-galanya tidak ada erti

Oleh itu udara sahaja pun sudah cukup kita cinta kepada Tuhan

Tapi hati sudah buta, akal tidak boleh memikirkan

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi